JULY 2009 : SWEETEST MEMORY

Tuesday, November 17, 2009

Assalamualaikum Semua!

Segalanya sudah selesai. Bebanan exam telah dilempiaskan dengan jayanya di MPH semalam. Esok mungkin kalau ada rezeki aku pulang ke Terengganu bersama akak aku!

Wanna share with you ; my sweet memories along this sem!


1. DEBAT ALAM SEKITAR

Awesome! Sehingga kini aku masih lagi merasai kenikmatan joined the event! Memberi impak yang besar. Hari ini kami gelarkan diri kami sebagai Famili DAS.


video



2. Presiden FIRC

Setelah sepenggal menjadi EC FIRC, pada 24 Ogos yang lepas. Aku mendapat mandat baharu sebagai Presiden FIRC. Aku bersyukur kerana dikurniakan line of HICOM yang sangat hebat dan membantuku dalam banyak perkara. Begitu juga dengan EC2 yang sangat comel2 dan memberi hasil yang memuaskan semuanya!

banyak mende yang berlaku sepanjang sem ini bersama rakan-rakan dalam FIRC. Suka duka gembira gelak ketawa semua diadun dan dirasai bersama. Kami susah dan senang bersama.


3. Debat kemerdekaan 2009

Menjuarai debat kemerdekaan buat kali kedua sangat memberi kesan bermakna kepada pasukan debat UTP! Aku sangat mengharapkan kami dikurniakan rezeki yang berpanjangan dalam dunia debat ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong!

Dugaan

Monday, November 16, 2009

Assalamualaikum W.B.T


Sebentar sahaja tadi, aku didatangi dengan seseorang yang dalam keadaan "down". Sesungguhnya segala cabaran yang ditempuhi hanyalah berbentuk dugaan yang diuji oleh Allah S.W.T untuk melihat kesabaran dan ketabahan ummatNya.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit potongan doa untuk kita aplikasi ketika kita menghadapi musibah.


Doa Ketika Ditimpa Sesuatu Musibah
Ertinya: Mencukup Allah bagi agamaku, mencukupi Allah bagi duniaku, mencukupi Allah bagi apa yang menyusahkan aku, mencukupi Allah bagi yang menganiaya aku, mencukupi Allah orang yang berniat jahat kepadaku, tidak ada daya upaya dan tidak ada kuasa melainkan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Doa Tolak Bala
Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.

Doa Meminta Tetapkan Imam Dan Islam
Ertinya: Ya Allah! Perbaikilah urusanku, tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap teguh di dunia dan akhirat.

Dipetik daripada website Mufti Selangor. >>

Beringatlah, manusia tidak boleh lari daripada sebarang dugaan kerana hidup ini akan sentiasa diuji akan kesabaran dan keteguhan iman kita. Kepada yang terlibat, tenangkan hati dan lapang fikiran, mungkin potongan ayat di atas boleh membantu anda. InsyaAllah.

Merdeka

Sunday, November 15, 2009




Assalamualaikum W.B.T

Fikiran makin bercelaru. Komputer ada sedikit masalah. Tidak mengapa! Mungkin ini sekadar dugaan. "Hanya orang kuat yang terima dugaan!" Betul Munir? Yaa... Bagus!

Mungkin nak suruh aku tahu yang susah nak merdeka. Merdeka ni banyak pengorbanan! Kalau dulu Tunku Abd Rahman terpaksa bersusah payah, samalah kita.. Bermakna disetiap bait Merdeka tu tersemat 1001 cabaran!! Wawawa... Faham x?

Patutlah aku tengok muka Izzat fauzi dan siddiq dah semakin berjerawat. Ayie dengan ting tongnya! Bob dah semakin membesar! Saira dah nampak cam mak cik tua! Arip dengan emo katilnya! Peja dengan senyum masamnye!

Ish2... banyak dugaan rupanya bila nak merdeka!

Apapun pastikan kemerdekaan kita, "KEMERDEKAAN BERMAKNA"....

----------------------------------------------------------------------------------------



Tgk mamat nie, dah jadi malaun dah!!! Sabar munir ye? Esok ada puteri cantik
bernama Maria akan jilat muka ko!

Ya Allah, lepas esok ni, Si Izzat ni kena ditarbiyah balik! Ishhh3...

Apasal budak 2 orang ni? Physcho sangat! Atul yang paling Physco!

Yezzaa... Aku mmg mengharapkan rescue datang, pergi tahan seme physco2 tuh!

Siapa baju kuning tuh? Ishhh.. Sabar nye! Cantikkah dia?

Bukan korang je yang tensen! Seme tensen. Esok kita merdeka ya!

Dah ngantuk! Nak tido lu!

Fullstop!



go go PG PIONEER! you r the great!

Alam Mahsyar : Pengertian yang perlu direnung bersama

Assalammualaikum...bacalah ya...

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ÍæÖ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

a. Pemimpin yang adil.

b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".


f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( ÚÑÔ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ßÑÓí ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s..a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

Ulasan aku :
Menerima email ini daripada seorang sahabat membantuku untuk berfikir sejenak dan bermuhasabah diri. Mungkin kita akan sentiasa lalai apatah lagi sifat manusia yang sering lupa, aku ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang menghantar email peringatan seperti ini.

Kawan-kawan, ambil masa sekejap, fikirkan siapakah diri kita yang sebenar?

Good luck!

Monday, November 9, 2009

kepada

FIRC & Alumni
IRC Carnival 2010
HICOM & Debat Alam Sekitar 09
[myFriends]
PG Piooners 0108~
Debate Team & Club
Follower mkhazaidi.b.c
Ex-BRaInS
UTPians





FIRC 1 Tahun : Membina Legasi Untuk Masa Hadapan

Wednesday, November 4, 2009

Assalamualaikum W.B.T

4 November memberi makna yang amat penting buat Friends of IRC, Universiti Teknologi PETRONAS. 4 November merupakan hari yang bersejarah ; Friends of IRC diangkat sebagai salah satu badan pelajar di UTP.

Oleh itu, bertindak selaku Presiden Friends of IRC, saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kali Pertama buat semua ahli Friends of IRC dan Alumni FIRC yang senantiasa berada di belakang kami.

Membina Sebuah Legasi

Seawal penubuhan Friends of IRC, barisan kepimpinan diketuai oleh Abi Aiman dan Rifdi telah merencana pelbagai strategi dan perancangan bagi meletakkan sebuah asas yang kukuh kepada FIRC walaupun ketika itu FIRC baru sahaja bertapak sebagai organisasi pelajar. Namun, selaku Executive Committee ketika itu, saya boleh katakan Majlis Tertinggi (HICOM) ketika itu mempunyai kekuatan dalam strategi mereka.

Sebagai contohnya :

1. Pendekaan HICOM yang mesra rakyat sangat mencerminkan kesungguhan HICOM untuk mendekati orang bawahan seterusnya agenda mereka akan tersebar dengan telus. Mengapa? HICOM ketika itu tidak menyandarkan secara keseluruhan perjumpaan mereka dengan EC untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada jawatankuasa yang lain, tetapi mereka turun padang untuk bersua muka dengan jawatankuasa mereka! Maka dengan ini, mereka secara langsung dapat menyampaikan apa yang mereka (HICOM) harapkan.

2. Pendekatan HICOM yang bersifat dinamik. Bagi saya, HICOM ketika itu sangat pandai dalam menyusun strategi pentadbiran. Ada perkara yang perlu didahulukan, ada perkara perlu dibelakangkan dan ada perkara yang perlu dihentikan serta merta! Asasnya masih sama, supaya FIRC yang baru ini sentiasa bertatih di jalan yang lurus!

3. Pendekatan HICOM yang mementingkan sifat Kekeluargaan. Dalam FIRC, kami diasuh peri pentingnya mempunyai semangat keluarga dalam organisasi. Dalam Activities and Training Dept sendiri pun, kami menyahut seruan HICOM. Malah ketua saya ketika itu (Ahmad Syafiq) menjadikan hubungan antara kami sebagai asas untuk memajukan prestasi. Lihat, hari ini Alumni masih kukuh dibelakang FIRC, kerana mereka sedar ke mana jua kita berlayar, akhirnya kita berlabuh di dermaga yang sama.

Bayangkanlah, daripada "nothing" kami menuju ke "everything"! Daripada ketiadaan contoh MOM, Progress Report, Proposal dan MP, hari ini atas inisiatif berterusan HICOM ketika itu, kita maju dan saya boleh katakan FIRC simbol kepada "learning process model".

Legasi Untuk Generasi Masa Hadapan

Menyedari hakikat ini, dengan penuh keinsafan, Saya dan barisan HICOM 09/10 mengambil mandat yang diberikan dengan penuh rasa kesyukuran. Hari ini FIRC semakin berkembang. Keluarga FIRC menerima adik-adik baharu yang comel-comel. Namun, kami sedar inilah tanggungjawab kami untuk membentuk kecomelan mereka agar menjadi insan yang kuat, berdaya saing, inovatif dan bersemangat waja ; ciri-ciri pemimpin yang hebat.

Kami menyedari semakin lanjut usia kita, makin banyak cabaran yang menduga. Namun, HICOM FIRC masih optimis, selagi ada ruang dan peluang, selagi itu masih ada rezeki buat kami untuk memperbaiki mana yang silap dan menambahbaik mana yang patut.

Tugas kami cukup payah ; meneruskan kegemilangan legasi yang sedia kukuh. Mengekalkan kejuaraan lebih susah daripada mendapatkannya. Namun, semalam menjadi bukti, sebenarnya saya tidak melalui jalan yang berliku untuk menuju destinasi kerana di tepinya cukup terang cahaya yang menyuluh, dibelakangku cukup ramai yang berarak bersamaku!

Hidup FIRC ; Senang Bersama, Susah Bersama

Happy Birthday to FIRC



4th November 2009
FIRC kini berusia 1 tahun

Berikut sedikit pic-pic yang sempat diuploakan!






Tunggukan entry selepas ini.
FIRC 1 Tahun ; Membina legasi untuk masa hadapan

Terima kasih buat Alumni dan semua yang hadir.
Saya sangat gembira dan terharu dengan sokongan anda!

Hidup FIRC ; Susah bersama, senang bersama

Mau lagi banyak foto? Klik sini >