Sejujurnya, saya otak politik. Itu fakta, tak perlu nak auta lebih.
Tetapi, sebenarnya saya telah banyak belajar dari kesilapan lampau. Dahulu, saya seorang yang fanatik. Mungkin ketika itu cukup jahil, saya akui. Tetapi, ruang dan peluang yang ada saya ambil untuk refleksi diri, bahawa politik ini bukanlah keseluruhan dari hidup kita, ia hanya penghias walau kadang kala pemusnah seri hidup kita.
Tidak pelik kalau dikatakan orang kita gemar politik. Siapa hendak peduli bukan? Tetapi, cukup menakutkan apabila melihat orang kita berpolitik. Kadang-kadang, mungkin politik bagi mereka ibarat nyawa, itu anggapan saya semata-mata.
Sindrom Pertama : Politik Maki
Walau dari ideologi mana sekalipun, politik maki makin diangkat. Oh, itu hak mereka! Saya terlupa. Tetapi janganlah perjuang guna nama bangsa, kerana setahu saya bangsa yang kamu perjuangkan itu cukup kaya nilai murninya! Jangan pula perjuang atas nama agama, kerana saya yakin agama kamu juangkan itu cukup indah dengan ajaran adab dan akhlak.
Sebelum saya terlupa, itu adalah hak anda! Komentar di atas hanyalah cadangan peribadi semata-mata.
Sindrom Kedua : Politik Pulau-Memulau
Politik yang asasnya untuk menyatupadukan masyarakat. Tetapi fungsinya kini makin songsang kerana hasil berpolitik kini, masyrakat berpecah belah. Dua ideologi kononnya tidak berpadanan satu sama lain tidak boleh disatukan. Inilah kesan daripada fikiran yang jumud. Apakah tidak ada satu titik temu antara kalian? Apakah kalian perlu berpisah? Apakah kalian yakin ideologi kalian memang diterima Tuhan, sehingga memilih jalan yang berbeza? Atau, kalian lupa dengan kata Tuhan, permainan musuh itu banyak liciknya, mungkin jua kalian sedang dilaga-lagakan?
Sebelum saya terlupa lagi, itu juga adalah hak anda! Komentar di atas hanyalah cadangan peribadi semata-mata.
Saya doakan agar kita semua sedar apa yang sedang kita ucapkan ataupun tuliskan. Ingatlah, hak apapun, ia mesti perlu diikat pada fahaman akhlak dan amalan beradab.
Peace!

0 comments:
Post a Comment